Space Force adalah salah satu siri TV komedi yang saya sendiri nanti-nantikan. Seperti dalam artikel kandungan Netflix bulan Mei yang anda boleh saksikan, Space Force dijadualkan untuk disiarkan pada 29 Mei ini. Space Force adalah satu iterasi The Office, tetapi bertemakan angkasa yang mana watak Steve Carell perlu menguruskan cawangan ke enam “Space Force”.
Hari ini, video acah baharu telah diperlihatkan oleh Netflix. Berdasarkan video acah ini, ia dilihat seakan satu produksi dengan bajet yang tinggi. Pelbagai visual dan grafik tinggi digunakan, serta mempunyai set penggambaran yang lebih baik dan adalah satu siri TV yang lebih baik berbanding The Office yang hanyalah set sitkom biasa.
Steve Carell memainkan watak General Mark, dilihat bersusah payah menguruskan untuk memulakan cawangan baharu Tentera Angkasa ini dan akan bertemu dengan pesaing seperti pasukan dari tentera udara. Bersama-sama dengan Steve, pelakon yang berlakon dalam siri TV ini adalah Owen Daniels, Noah Emmerich, John Malkovich, Tawny Newsome, Ben Schwartz, Jimmy O Yang dan ramai lagi.
Pelbagai adegan lucu, lawak mengarut dan drama komedi akan berlaku dalam siri ini. Siri TV Space Force ini mempunyai 10 episod dan dihasilkan oleh pencipta The Office, Greg Daniels bersama-sama dengan Steve Carell sendiri. Jika anda minat The Office, siri TV ini mungkin turut akan menggelikan hati anda. Sama-sama kita nantikan siarannya 29 Mei ini.