Kemaskini: Sony Interactive Entertainment Singapura (SIES) telah mengesahkan yang hanya alat kawalan serta set fon kepala sahaja yang akan dibawa masuk ke Malaysia secara rasmi. Alat kawalan akan dijual dengan harga RM279 dan set fon kepala akan dijual dengan harga RM449.
Artikel asal: Sony hari ini mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan berkas PlayStation 4 Pro The Last of Us Part II yang akan menyertakan konsol edisi terhad berdasarkan permainan tersebut, bersama dengan permainan tersebut versi fizikal.
Berkas ini akan dikeluarkan bersama dengan permainan tersebut iaitu pada 19 Jun 2020 ini.
Anda boleh tonton video pengumuman tersebut di bawah.
Konsol tersebut mempunyai ukiran yang berdasarkan lukisan tatu yang terdapat di Ellie. Manakala alat kawalan juga mempunyai rekaan yang sama, bersama dengan logo permainan di pad sesentuh.
Selain itu, mereka juga mengumumkan set fon kepala Gold Wireless dan juga cakera keras luaran Seagate yang turut mempunyai rekaan khas berdasarkan permainan tersebut.
Buat masa ini kami tidak menerima sebarang pengesahan jika ia akan tiba di pasaran Malaysia, tetapi harga untuk berkas PS4 Pro adalah $499 (~RM1799), set fon kepala berharga $99.99 (~RM499) dan cakera keras luaran dengan harga $89.99 (~RM399).