Informasi Permainan Video Terkini
Kandungan UEFA Euro Untuk PES 2020 Akan Tiba Jun Ini Walaupun Kejohanan Ditunda
PC

Kandungan UEFA Euro Untuk PES 2020 Akan Tiba Jun Ini Walaupun Kejohanan Ditunda

Diterbitkan pada Mei 19, 2020 oleh .

Konami minggu ini mengumumkan kandungan tambahan UEFA Euro 2020 untuk permainan eFootball PES 2020 mereka akan tiba pada 4 Jun ini yang akan menyertakan kesemua 55 negara yang terlibat bersama dengan 2 stadium baharu. Ia akan tiba kepada semua pemilik secara percuma.

Penambahan ini sepatutnya hadir bersama dengan penganjuran kejohanan tersebut pada 12 Jun tetapi oleh kerana pandemik Covid-19 penganjurannya telah ditunda ke tahun 2021.

Namun, dengan hadirnya penambahan ini, peminat bola kini mempunyai alternatif untuk melihat ataupun bermain kejohanan tersebut melalui permainan video.

eFootball PES 2020 telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN