Skip to main content

Bandai Namco dan From Software hari ini mengumumkan yang siri permainan Dark Souls iaitu Dark Souls 1 hingga 3 termasuk juga versi penambahan serta penambah-baikkan telah terjual sebanyak 27 juta unit setakat ini.

Daripada jumlah tersebut, mereka juga mengumumkan yang Dark Souls 3 telah terjual melebihi 10 juta unit sejak dilancarkan pada tahun 2016 lepas untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

From Software buat masa ini sedang membangunkan permainan Elden Ring di mana mereka membangunkannya dengan kolaborasi bersama penulis Game of Thrones George R.R Martin.

Leave a Reply