Ubisoft hari ini berkongsi lanjut mengenai kemaskini Operation Steel Wave yang akan tiba untuk permainan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege, di mana ia akan menerima 2 operator, peta, dan peralatan baharu.

Video bentuk permainan untuk penambahan ini juga dikongsi oleh mereka dan anda boleh tontonnya di bawah.

2 operator baharu yang disertakan adalah Ace yang merupakan kelas Attacker, dan Melusi sebagai Defender. Ace mempunyai S.E.L.M.A Aqua Breacher yang boleh menghancurkan dinding ataupun pintu secara berperingkat. Manakala Melusi mempunyai Banshee Sonic Defense yang akan berbunyi serta memperlahankan pergerakan lawan apabila digunakan.

Selain itu, ia juga memperkenalkan peta House yang diubah-suai dan mempunyai beberapa tingkat serta bilik baharu, bersama dengan bilik-bilik sama yang menerima hiasan baharu. Alatan baharu iaitu Proximity Alarm juga disertakan, di mana ia akan berbunyi apabila lawan menghampiri alat tersebut.

Peta House dan Proximity Alarm akan disertakan secara percuma, manakala 2 operator akan hadir secara esklusif untuk pemilik pas bagi musim ke-5 selama seminggu, sebelum ia boleh dibeli oleh pemain lain. Buat masa ini, masih tiada tarikh untuk bila Operation Steel Wave akan bermula tetapi ia akan tiba ke pelayan percubaan minggu ini.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini