Skip to main content

Square-Enix hari ini mengumumkan yang mana permua di dalam Kingdom Hearts: Union χ iaitu Kingdom Hearts: Dark Road yang diumumkan sebelum ini akan ditundakan.

Menurut Square-Enix, penundaan ini adalah disebabkan pembangunannya yang terbantut akibat wabak koronavirus dan asalnya permua ini dirancang untuk dilancarkan suku kedua tahun ini. Akan tetapi, buat masa ini mereka tidak menyatakan tarikh baharu pelancarannya.

Selain itu, Square-Enix juga menyatakan yang mana mereka akan mengumumkan sesuatu berkenaan permainan tersebut pada awal Jun ini. Kami di Aksiz pasti akan melaporkannya setelah ia diumumkan.

Leave a Reply