Monsta hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan filem BoBoiBoy Movie 2 di platform penstriman Netlifx bermula 1 Jun 2020 ini. Menurut mereka, Netflix kini telah memperoleh hak penstriman eksklusif buat filem tersebut bagi tayangan di rantau Asia Tenggara.

Monsta juga menyatakan yang mana filem ini turut akan disiarkan dengan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bersama dengan sarikata pelbagai bahasa dari Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina, Thai, Vietnam dan juga Indonesia.

Menariknya, adegan tambahan selama 7 minit yang mana sebelum ini eksklusif di Astro First, turut akan disertakan buat tayangan di Netflix di mana adegan tersebut tidak ditayangkan di panggung wayang.

Raphael Phang iaitu pengurus perolehan kandungan di Netflix menyatakan yang mana mereka percaya bahawa filem yang hebat boleh ditonton di mana-mana sahaja dan dengan kerjasama bersama Monsta, mereka sangat gembira untuk membawa filem tersebut buat pelanggan Netflix di Asia tenggara.

Nizam Abdul Razak iaitu ketua pegawai eksekutif Monsta turut menyatakan yang mana sejak 11 tahun penubuhan Monsta, peminat mereka telah pun berkembang dari merata pelusuk dunia dan sejumlah besar daripadanya adalah peminat dari rantau Asia Tenggara. Dengan kerjasama ini, mereka juga berhasrat untuk memberi lebih banyak peminat untuk menonton filem tersebut di keselesaan rumah masing-masing.

BoBoiBoy Movie 2 menamatkan tayangan di pawagam pada Oktober tahun lepas di mana mereka mengutip lebih RM30 juta. Bagi anda yang ingin mengetahui pendapat kami berkenaan filem tersebut, anda boleh menonton ulasan kami di bawah.

Sohor Kini