Sesi Beta Tertutup Artifact 2.0 Akan Tiba Bulan Ini

Pada Mac lepas, Valve telah mengumumkan yang Artifact versi olahan semula ataupun Artifact 2.0 akan menerima sesi beta tidak lama lagi, hari ini mereka akhirnya mengumumkan yang sesi tersebut akan bermula pada bulan ini.

Bermula minggu depan, pemain yang sudah memiliki permainan Artifact akan menerima emel untuk mengesahkan jika mereka berminat untuk mendapat peluang menjadi yang terawal mendapat akses kepada sesi beta tersebut.

Ia adalah terhad dan akan diutamakan kepada pemain yang membeli permainan tersebut sebelum 30 Mac 2020. Namun, Valve mengatakan kesemua pemain yang memiliki permainan tersebut akan dapat mencuba sesi beta sebelum ia dikeluarkan secara penuh kelak.

Jika anda pemilik Artifact, nantikan emel daripada Valve untuk berpeluang mencubanya lebih awal.

Sohor Kini