Skip to main content

New Super Lucky’s Tale merupakan permainan pernambah-baikkan daripada Super Lucky’s Tale yang dilancarkan pada 2017 lepas di konsol Xbox One dan PC.

Melalui versi “New” baharu ini, ianya menyertakan beberapa pernambah-baikkan dari segi visual dan juga kandungan permainan. Namun sejak pelancarannya di konsol Switch, ramai tertanya sama ada permainan tersebut akan tiba di konsol asal ia dilancarkan dan juga di konsol PlayStation 4.

Terkini, pembangun permainan tersebut, Playful Corporation akhirnya mengumumkan secara rasmi yang mana ia sememangnya akan hadir di konsol PlayStation 4 dan juga konsol asal ia dilancarkan iaitu Xbox One.

Buat masa ini, sebarang tarikh pelancaran masih belum diumumkan. Namun kami percaya ianya pasti akan menyertakan segala kandungan yang telah pun tiba sebelum ini.

Leave a Reply