Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Memperlihatkan Kesemua 51 Mainan Buat Clubhouse Games: 51 Worldwide Classics

Nintendo Memperlihatkan Kesemua 51 Mainan Buat Clubhouse Games: 51 Worldwide Classics

Diterbitkan pada Mei 19, 2020 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman permainan Clubhouse Games; 51 Worldwide Classics beberapa bulan lepas, hari ini Nintendo memperlihatkan lebih lanjut kesemua 51 mainan buat permainan tersebut yang mana ia merangkumi beberapa jenis bentuk mainan.

Jika anda pernah memiliki konsol Nintendo DS, anda pasti mengetahui permainan Clubhouse Games yang mana sebelum ini ia dilancarkan dengan menyertakan 42 mainan klasik yang pemain boleh mainkan secara solo ataupun multi-pemain.

Terkini dengan pelancaran permainan seterusnya, Nintendo tampaknya menambah 9 lagi mainan tambahan khas buat siri permainan Clubhouse Games tersebut. Seperti permainan Clubhouse Games sebelum ini, permainan ini juga menyertakan beberapa panduan untuk bermainnya. Berikut adalah senarai mainan yang tersedia mengikut kategori jenis mainan:

  • Mainan Papan
    • Mancala (Congkak)
    • Hare And Hounds
    • Nine Men’s Morris
    • Chinese Checkers
    • Dots and Boxes
    • Hit And Blow
    • Hex
    • Checkers
    • Four-In-A-Row
    • Backgammon
    • Ludo
    • Dominoes
    • Yacht Dice
    • Renegade
    • Riichi Mahjong
    • Chess
    • Gomoku
    • Shogi
    • Mini Shogi
  • Mainan Kad
    • Hanafuda
    • Texas Hold’Em
    • Black Jack
    • Last Card
    • President
    • Sevens
    • Takoyaki
    • Speed
    • Matching
    • Pig’s Tail
    • War
  • Mainan Sukan
    • Toy Tennis
    • Toy Baseball
    • Toy Boxing
    • Toy Soccer
    • Toy Curling
    • Bowling
    • Darts
    • Billiards
    • Air Hockey
    • Golf
  • Mainan Lain
    • Shooting Gallery
    • Carrom
    • 6-Ball Puzzle
    • Battle Tanks
    • Team Tanks
    • Fishing
    • Slot Cards
  • Mainan Solo
    • Sliding Puzzle
    • Mahjong Solitaire
    • Klondike Solitaire
    • Spider Solitaire

Selain daripada permainan secara terus melalui alat kawalan JoyCon, Nintendo juga menyatakan terdapat beberapa mainan akan menyokong kawalan secara skrin sesentuh dan juga kawalan pergerakan menggunakan JoyCon seperti mainan Bowling.

Bagi sesi permainan secara setempat, Nintendo juga menyatakan yang mana pemain boleh berkongsi permainan di mana satu pemain sahaja yang perlu memiliki permainan tersebut dan pemain lain boleh muat-turun secara terus. Namun bagi sesi permainan secara atas-talian, semua pemain perlu memiliki permainan tersebut.

Clubhouse Games: 51 Worldwide Classics akan dilancarkan pada 5 Jun 2020 di konsol Switch di mana ianya kini boleh di pra-tempah melalui Nintendo eShop dengan harga $39,99(~RM175).


TIPS & ULASAN