Bersama dengan pengumuman penambahan Aftermath sebelum ini, Warner Bros dan NetherRealm mengumumkan kemaskini percuma untuk permainan tersebut, di mana mereka mengembalikan gerakan “Friendship”.

Friendship merupakan gerakan akhir selepas perlawanan berakhir untuk menggantikan “Fatality” yang ganas, sebaliknya watak akan melakukan sesuatu yang lebih mesra seperti memberi hadiah ataupun memeluk patung beruang.

Melalui video acah baharu, mereka memperlihatkan lanjut pelbagai gerakan Friendship yang hadir. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Gerakan ini mula diperkenalkan sebagai ejekan kepada ibu bapa yang mengkritik permainan tersebut sebagai terlalu ganas. Namun, selepas kritikan berkurangan, mereka tidak lagi menyertakannya, sehinggalah sekarang.

Kemaskini ini adalah percuma dan ia akan menyertakan gerakan untuk semua watak. Mortal Kombat 11 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini