Informasi Permainan Video Terkini
Selepas 11 Tahun Minecraft Terjual Sebanyak 200 Juta Unit Dan Mempunyai 126 Juta Pemain Aktif Setiap Bulan

Selepas 11 Tahun Minecraft Terjual Sebanyak 200 Juta Unit Dan Mempunyai 126 Juta Pemain Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada Mei 19, 2020 oleh .

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-11 Minecraft, Microsoft dan Mojang Studios telah mengumumkan yang permainan sandbox tersebut telah terjual sebanyak 200 juta unit, dan mempunyai 126 juta pemain yang aktif setiap bulan.

Dengan kata lain, untuk setahun yang lepas, Minecraft telah terjual sebanyak 24 juta unit, satu jumlah yang baik untuk permainan yang dikeluarkan sedekad yang lalu.

Manakala untuk pemain aktif setiap bulan pula, ia berkemungkinan termasuk pemain dari China di mana ia ditawarkan secara percuma dan mempunyai lebih 200 juta akaun pada tahun lepas.

Mojang juga mengumumkan yang mereka kini dijenamakan semula kepada Mojang Studios untuk membawa era baharu bagi studio tersebut.

Minecraft telah dikeluarkan untuk hampir semua platform termasuk juga sebagai permainan mudah alih.


TIPS & ULASAN