Informasi Permainan Video Terkini
Tencent Bakal Menubuhkan Studio Pembangunan Permainan Di Amerika Syarikat

Tencent Bakal Menubuhkan Studio Pembangunan Permainan Di Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Mei 18, 2020 oleh .

Kemaskini: Tencent mengumumkan yang Scott Warner bukan menyertai studio baharu akan tetapi beliau akan menyertai TiMi Studios yang membuka cawangan baharu di Amerika Syarikat. TiMi Studios sebelum ini membangunkan permainan Arena of Valor dan Call of Duty Mobile untuk Tencent.

Artikel asal: Tencent dilaporkan akan menubuhkan satu studio pembangunan permainan video di Amerika Syarikat, dan Scott Warner akan menjadi ketua untuk studio tersebut. Studio ini dikatakan akan membangunkan permainan AAA.

Scott Warner sebelum ini pernah menjadi penerbit untuk Ubisoft, EA dan juga 343 Industries. Buat masa ini nama studio dan juga lokasi masih tidak ditetapkan, di mana Scott Warner mengatakan ia mungkin akan bertapak di Seattle ataupun Los Angeles.

Tencent buat masa ini merupakan antara penerbit permainan utama akan tetapi mereka kebiasaan melakukan pelaburan ke atas studio berbanding membuka studio tersendiri terutama di luar China.


TIPS & ULASAN