Skip to main content

Amazon Games dan Relentless Studios minggu ini akan melancarkan satu permainan penembak berpasukan khas iaitu Crucible di PC melalui Steam pada 21 Mei 2020.

Crucible merupakan satu permainan multi-pemain yang akan tiba secara percuma di mana ia memfokuskan pemain untuk bertempur antara satu sama lain di mana ia menyertakan 3 mod permainan utama iaitu Heart Of The Hives yang memfokuskan empat lawan empat, Alpha Hunters yang memfokuskan dua pemain di dalam 8 pasukan ataupun solo dan mod Harvester Command yang memfokuskan 8 pemain sepasukan.

Selain itu, permainan ini juga menyertakan 10 watak Hunter berbeza yang mempunyai kemahiran dan senjatanya tersendiri. Pemain juga boleh memilih beberapa kemahiran tambahan sebelum bermula bertempur.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Steam permainan ini di bawah.

[info] Layari Steam: Crucible [/info]

Leave a Reply