Informasi Permainan Video Terkini
Mojang Dijenamakan Semula Sebagai Mojang Studios

Mojang Dijenamakan Semula Sebagai Mojang Studios

Diterbitkan pada Mei 18, 2020 oleh .

Studio pembangun permainan Mojang semestinya tidak asing dengan permainan mereka iaitu Minecraft di mana hari ini, bersempena ulang tahun ke-11 buat permainan tersebut, Mojang mengumumkan mereka akan menjenamakan semula nama studio mereka kepada Mojang Studios.

Melalui penjenamaan semula ini, mereka memperlihat logo baharu bersama dengan nama baharu tersebut di mana Thomas Wiborgh iaitu ketua komunikasi kreatif Mojang Studios menyatakan bahawa mereka ingin membawa kelainan buat syarikat tersebut setelah lebih sedekad bertapak.

Selain itu, beliau juga menyatakan yang mana terdapat beberapa studio pembangun permainan di seluruh dunia yang mana merupakan sebahagian daripada Mojang, sekaligus ia memberi inspirasi untuk nama baharu ini. Mereka juga menyatakan di mana mereka berminat untuk membawa lebih banyak idea lain untuk permainan baharu.

Dengan pelancaran permainan Minecraft Dungeons yang akan tiba penghujung bulan ini, kami percaya Mojang Studios pasti akan mengumumkan pelbagai pengumuman menarik kelak.


TIPS & ULASAN