Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Memfailkan Saman Terhadap Apple Dan Google Kerana Permainan Klon Rainbow Six Siege

Ubisoft Memfailkan Saman Terhadap Apple Dan Google Kerana Permainan Klon Rainbow Six Siege

Diterbitkan pada Mei 18, 2020 oleh .

Ubisoft dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Apple dan Google kerana gendung aplikasi mereka iaitu App Store dan Play Store menawarkan permainan Area F2 yang dikatakan meniru permainan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege.

Area F2 dibangunkan dan diterbitkan oleh Ejoy iaitu syarikat di bawah Alibaba dan juga Qookka Games. Buat masa ini, tidak disahkan lagi jika Ubisoft turut mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Permainan klon adalah sesuatu perkara yang biasa terutama untuk permainan mudah alih, walaupun ia bukan satu perkara yang baik akan tetapi bentuk permainan adalah satu perkara yang tidak boleh didaftar sebagai hak cipta, menjadikan agar sukar untuk mengambil tindakan terhadap masalah klon ini.

Buat masa ini, pihak Apple dan Google tidak mengeluarkan sebarang komen, tetapi kami merasakan agak sukar untuk Ubisoft mendapat keputusan yang dikehendaki oleh mereka bagi kes ini.


TIPS & ULASAN