Skip to main content

Pernahkah anda membeli satu permainan dengan harga penuh, akan tetapi beberapa hari kemudian permainan tersebut ditawarkan dengan harga diskaun? Ia mungkin terasa sangat merugikan.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Epic Games dilaporkan membuat pembayaran balik kepada pelanggan yang membayar harga penuh sesuatu permainan untuk perbezaan harga dengan harga diskaun.

Berdasarkan beberapa perkongsian lain, ada yang mengatakan perkara ini sudah disertakan sejak pelancaran Epic Games Store lagi, dan Steam juga menawarkan perkara yang sama tetapi jika pelanggan memintanya, berbanding secara automatik untuk Epic Games Store.

Ini adalah satu perkara yang baik, terutama jualan promosi sering dilakukan. Ia juga akan mengelak daripada pemain tidak membeli sesuatu permainan kerana merasakan ia akan ditawarkan secara lebih murah.

Leave a Reply