Filem Scoob! sepatutnya ditayangkan pada 15 Mei lepas, tetapi disebabkan pandemik Covid-19 – filem ini terus dikeluarkan secara digital dan penonton boleh beli atau sewa melalui platform seperti Google Play Movie atau Amazon Prime Video. Walau bagaimanapun, ia terhad di beberapa negara terpilih sahaja. Filem Scoob! adalah filem animasi 3D baharu, mengenai tidak lain dan tidak bukan – Scooby-Doo. Berdasarkan video acah, filem ini dilihat memfokuskan asal-usul Scooby-Doo bersama Shaggy dan meneruskan pengembaraan mereka bersama pasukan Mystery yang ahlinya terdiri daripada Fred, Daphne, Velma, Shaggy dan Scooby.

Terkini, pencipta filem ini iaitu Tony Cervone (pengarah) dan Bill Haller (ketua animasi) menyatakan yang mereka ingin hasilkan satu dunia animasi baharu yang berbeza dengan zaman Hanna-Barbera. Hanna-Barbera adalah syarikat produksi yang menghasilkan animasi seperti  The FlintstonesThe Yogi Bear ShowThe Jetsons, Tom & JerryScooby-Doo, Where Are You! dan The Smurfs. Malahan, filem Scoob! ini sendiri berada dalam dunia mereka yang tersendiri, yang menyertakan watak-watak dari animasi lain Hanna-Barbera seperti – Blue Falcon, Dee Dee Sykes, Dynomutt, Dick Dastardly, Captain Caveman, dan Muttley.

Tambahan mereka lagi, watak seperti  Brian, Dynomutt, dan Dee Dee mungkin boleh ada siri mereka yang tersendiri dan turut ingin melihat lebih aksi dari watak Falcon Force. Siri animasi Scooby-Doo sudah disiarkan sejak lebih 50 tahun lalu lagi dan akan diteruskan lagi 50 tahun. Mungkin suatu hari nanti, 100 tahun akan datang – akan ada pencipta filem lain menghasilkan filem baru Scooby-Doo pula.

Filem Scoob! kini boleh dibeli atau disewa di Google Play Movie. Untuk membeli atau sewa, anda perlu gunakan akaun Google yang ditetapkan pada alamat Amerika Syarikat dan tiada VPN yang diperlukan. Harga adalah $19.99 (~RM87.06) untuk sewa pada resolusi 4K dan $24.99 (~RM108.83) untuk beli pada resolusi 4K. Harga yang sama juga untuk Amazon Prime Video.

Sohor Kini