Skip to main content

Filem The Batman adalah filem Batman terbaru dari arahan Matt Reeves. Ia adalah satu versi baharu untuk filem DC ini, yang mana akan memfokuskan pada zaman Batman/Bruce Wayne muda. Batman akan dilakonkan oleh Robert Pattinson (Edward Cullen, Twilight) dan akan menyertakan pelbagai penjahat seperti Penguin, Catwoman, Riddler dan juga Carmine Falcone.

Terkini, Colin Farrell telah mendedahkan yang watak Penguin yang beliau lakonkan hanyalah satu peranan kecil. Walau bagaimanapun, menurut beliau akan ada satu adegan yang menarik yang pasti akan memuaskan penonton. Tambahan beliau lagi, beliau amat gemar dengan watak ini dan ingin terus terokai watak Penguin. Tidak pasti lagi bagaimana filem ini akan diteruskan, dengan pandemik Covid-19 – penggambaran telah ditunda dan tayangan dijadualkan untuk Oktober 2021. Mungkin jika prestasi filem ini hebat kita akan lihat sekuel, filem sampingan – atau jika ia terlampau hebat mungkin hanya akan menjadi satu filem seperti The Joker.

Apakah pendapat anda? Adakah anda tidak sabar untuk nantikan watak Penguin yang dimainkan oleh Colin Farrell? Colin akan memakai kostum dan pelbagai prostetik untuk menjadikan watak Penguin ini realiti. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply