Skip to main content

Kesan daripada wabak koronavirus (Covid-19) semestinya membawa pelbagai penundaan buat pelbagai media dari segi siri TV mahupun permainan video akibat ramai pekerja ataupun pembangun terpaksa bekerja dari rumah.

Meskipun begitu, tepat dengan tema kuarantin, Apple TV+ minggu mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan satu episod khas buat siri Mythic Quest: Raven’s Banquet pada 22 Mei 2020 ini.

Mythic Quest: Raven’s Banquet merupakan siri TV yang diterbitkan oleh Apple dan Ubisoft untuk Apple TV+. Ia diarah oleh Rob McElhenney di mana ia memfokuskan kehidupan seharian di dalam studio pembangun permainan video.

Kali ini melalui episod khas kuarantin ini, ianya akan memfokuskan bagaimana kehidupan studio tersebut bekerja di rumah seperti melakukan mesyuarat secara atas-talian yang mana kami pasti ia adalah sangat berkait rapat dengan keadaan kita sekarang ini. Menariknya, menurut Apple, episod ini juga dirakamkan dan disunting di dalam keadaan kuarantin.

Musim pertama Mythic Quest: Raven’s Banquet telah pun dilancarkan di platform penstriman Apple TV+ di mana ulasan kami boleh ditonton di bawah.

Leave a Reply