Informasi Permainan Video Terkini
The LEGO Ninjago Movie Video Game Ditawarkan Secara Percuma Di Konsol Dan PC
PC

The LEGO Ninjago Movie Video Game Ditawarkan Secara Percuma Di Konsol Dan PC

Diterbitkan pada Mei 17, 2020 oleh .

Bagi anda yang meminati siri permainan LEGO, anda mungkin berminat untuk memuat-turun satu lagi permainan percuma untuk minggu ini iaitu The LEGO Ninjago Movie Video Games di mana ianya ditawarkan secara percuma di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC sehingga 21 Mei 2020.

Semestinya tawaran ini adalah percuma untuk di simpan di dalam perpustakaan permainan anda dan ianya boleh terus ditebus sehingga tarikh tersebut sahaja.

Permainan The LEGO Ninjago Movie Video Game merupakan permainan berdasarkan siri LEGO Ninjago yang dilancarkan 2017. Ianya adalah permainan yang dilancarkan ebrsama filem LEGO Ninjago dan ia mempunyai bentuk pengembaraan tekaria dan menyokong multi-pemain sehingga 4 pemain serentak.

Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan tersebut melalui pautan di bawah mengikut platform pilihan anda.

Muat-Turun PS4: The LEGO Ninjago Movie Video Game

Muat-Turun Xbox One: The LEGO Ninjago Movie Video Game

Muat-Turun PC: The LEGO Ninjago Movie Video Game


TIPS & ULASAN