Skip to main content

Awal minggu ini, Activision mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 sebagai permainan olahan semula di konsol dan PC di mana seperti anda, salah satu kenangan kami bersama permainan tersebut semestinya adalah senarai lagu-lagu latar yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Terkini, Activision akhirnya mengumumkan senarai penuh buat permainan tersebut yang mana ianya menyertakan pelbagai muzik daripada permainan asal seperti Superman dan Blood Brothers. Berikut adalah senarai lagu yang disertakan:

  • Police Truck – the Dead Kennedys
  • Superman – Goldfinger
  • Jerry Was a Race Car Driver – Primus
  • New Girl – The Suicide Machines
  • Here and Now – The Ernies
  • Euro-Barge – The Vandals
  • Blood Brothers – Papa Roah
  • Guerrilla Radio – Rage Against the Machine
  • Pin the Tail on the Donkey – Naughty by Nature
  • You – Bad Religion
  • When Worlds Collide – Powerman 5000
  • No Cigar – Millencolin
  • Cyclone – Dub Pistols
  • May 16 – Lagwagon
  • Subculture – Dieslboy + Kaos VIP – Styles of Beyond and Dieselboy + Kaos
  • Heavy Metal Winner – Consumed
  • Evil Eye – Fu Manchu
  • Five Lessons Learned – Swingin’ Utters

Akan tetapi berdasarkan laporan Polygon, terdapat beberapa lagu yang tidak disertakan namun masih lagi berada di dalam imej yang dikongsikan oleh Activision seperti:

  • Vilified – Evenrude
  • Screamer – Speedealer
  • Nothing To Me – Speedealer

Selain itu, muzik yang tidak langsung tersenarai daripada permainan asal juga adalah seperti berikut:

  • Bring the Noise – Anthrax & Public Enemy
  • B-Boy Document ‘99 – The High & Mighty, featuring Mos Def & Mad Skillz
  • Out With the Old – Alley Life
  • Cyco Vision – Suicidal Tendencies
  • Committed – Unsane

Activision juga menyediakan satu senarai khas buat lagu-lagu tersebut di mana ianya boleh distrimkan terus di Spotify.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store menjelang 4 September 2020 ini.

Leave a Reply