Informasi Permainan Video Terkini
Nioh 2 Telah Terjual Sebanyak 1 Juta Unit – DLC “The Tengu’s Disciple” Bakal Tiba Julai Ini

Nioh 2 Telah Terjual Sebanyak 1 Juta Unit – DLC “The Tengu’s Disciple” Bakal Tiba Julai Ini

Diterbitkan pada Mei 16, 2020 oleh .

Koei Tecmo dan Team Ninja hari ini mengumumkan yang mana permainan Nioh 2 telah pun terjual sebanyak 1 juta salinan sejak ia dilancarkan Mac lepas di konsol PlayStation 4.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga menawarkan hadiah khas buat semua pemain dengan baju perisai “MIllion Demon Armor” yang boleh ditebus secara percuma di bahagian Boons di kuil yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Selain itu, bermula hari ini, Team Ninja juga melancarkan kemaskini 1.09 buat permainan tersebut yang mana ianya bukan sahaja menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti Guardian Spirit dan misi baharu, malah kemaskini ini juga turut menyertakan mod foto khas yang pemain boleh gunakan untuk menangkap pelbagai foto menarik.

Selain itu, kemaskini tersebut juga menyertakan pelbagai perubahan dan keseimbangan permainan yang mana senarai penuh boleh di baca di kenyataan rasmi Team Ninja di sini.

Bukan setakat itu sahaja, Team Ninja hari ini juga turut mengumumkan kandungan DLC pertama buat permainan tersebut juga akan tiba pada 30 Julai ini iaitu “The Tengu’s Disciple” yang mana ia merupakan kandungan pertama daripada 3 DLC yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Menurut Team Ninja, informasi lanjut berkenaan DLC ini akan diumumkan kemudian.

Nioh 2 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada Mac lepas di mana kami sebelum ini juga telah pun mengulas permainan tersebut di mana anda boleh membacanya di bawah.


TIPS & ULASAN