Skip to main content

Arc System Works minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan menunda pelancaran permainan perlawanan Guilty Gear Strive ke awal tahun hadapan.

Permainan tersebut asalnya akan tiba sekitar tahun ini di konsol PlayStation 4 dan menurut kenyataan rasmi Takeshi Yamanaka iaitu penerbit permainan tersebut, penundaan ini adalah disebabkan kesan wabak koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan beberapa pembangunan terbantut.

Semestinya ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan atas sebab bukan sahaja pembangunan permainan terbantut, malah acara permainan video yang dibatalkan, boleh dikatakan kesan wabak yang semakin tular ini sememangnya memberi pelbagai masalah buat industri ini. Meskipun begitu, kami di Aksiz juga percaya dengan penundaan ini, Arc System Works pasti akan melancarkan permainan ini dengan kualiti yang baik menjelang tahun hadapan.

Guilty Gear Strive adalah permainan perlawanan berdasarkan siri Guilty Gear yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran yang menggunakan senjata dengan pelbagai watak menarik. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini juga akan diterbitkan oleh Bandai Namco buat pasaran Malaysia.

Leave a Reply