Skip to main content

Bethesda Softworks dan Id Software minggu ini akhirnya melancarkan kemaskini baharu buat permainan DOOM Eternal yang mana melalui kemaskini ia menyertakan pelbagai kandungan secara percuma di semua platform permainan tersebut.

Antara kandungan yang disertakan adalah musum baharu Empowered Demons di mana ia akan menyertakan cabaran yang lebih tinggi buat pemain dan pada masa ia menyertakan sistem kedudukan Echelon sehingga peringkat Doom Level sehingga 250 yang pemain boleh lakukan.

Tambahan itu, kemaskini juga menyertakan acara khas Precious Metal yang bermula minggu ini sehingga 18 Jun 2020 ini di mana pemain boleh dapatkan pelbagai ganjaran dan barangan kosmetik buat pemain.

Selain itu, kemaskini ini juga menyertakan pelbagai keseimbangan, pernaik-tarafan permainan dan pada masa yang sama bagi pemain di PC, pembangun juga menyertakan kemaskini baharu Denuvo Anti-Cheat yang mana ia adalah sistem baharu untuk membanteras penipuan ketika bermain secara atas-talian.

DOOM Eternal telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC yang mana kami sebelum ini telah pun mengulasnya di mana anda boleh ke pautan di bawah.

Leave a Reply