Arrowverse adalah dunia adiwira yang paling menarik. Ia adalah satu-satunya dunia DC yang dibina dengan baik, tidak seperti DCEU yang dilihat seakan tiada arah untuk ke mana. Dalam dunia ini, terdapat banyak siri TV dan The CW memperkenalkan episod rentas siri yang menggabungkan pelbagai siri TV Arrowverse dalam episod tertentu.
Episod rentas siri tahun lepas adalah yang terbesar, iaitu Crisi On Infinite Earth. Ia berlangsung selama lima jam dari episod Arrow, The Flash, Legends of Tomorrow, Supergirl dan Batwoman. Tahun lepas juga, The CW telah memasukkan sekali Black Lightning dalam dunia yang sama.

Dukacita dimaklumkan, tahun 2021 episod rentas siri Arrowverse akan lebih berlaku pada skala yang kecil dan tidak seperti agenda-agenda Crisis sebelum ini. Menurut Mark Pedowitz, Presiden The CW rentas siri ini akan berlaku dalam masa dua jam. Iaitu dua episod. Contohnya Batwoman akan masuk dalam Superman & Lois atau sebaliknya dan turut akan memperkenalkan beberapa watak lain sebagai penampilan khas.
Mungkin tamatnya krisis besar bersama dengan kematian Arrow, dunia Arrowverse sudah lebih aman dan tenang berbanding sebelumnya jadi tiada krisis besar-besaran. Apa-apa pun, peminat Arrowverse mari sama-sama kita nantikan siri TV Arrowverse untuk tahun hadapan.