Sebentar tadi sudah kami laporkan yang The CW akan kembangkan lagi dunia Arrowverse dengan siri TV Superman & Lois pula. Siri-siri TV lain yang masih berlangsung masih diteruskan dengan musim baru, dan bersama-sama dengan pengumuman tarikh siaran dan poster rasmi Superman & Lois – mereka turut umumkan tarikh siaran musim baru bagi beberapa siri TV Arrowverse dan siri-siri TV lain.
Batwoman musim kedua akan bermula pada Januari 2021 juga, yang mana akan meneruskan lagi konflik antara pasukan Batwoman dan Alice. Cuma kali ini, musuh lama Alice yang bernama Safiyah telah kembali – iaitu lanun Coryana.
The Flash turut diperbaharui untuk musim ketujuh, tetapi masih tiada tarikh kerana penggambaran siri TV ini telah dihentikan dan terganggu akibat Covid-19. Pasukan The Flash nampaknya masih bertempur dengan musuh musim enam, Mirror Master. Bukan itu sahaja, akan terdapa perbalahan yang menjadikan hubungan The Flash dan Iris renggang.
Siri Arrowverse terakhir yang diperbaharui adalah Legends of Tomorrow. Siri ini akan diteruskan pada musim bunga tahun 2021. Akan terdapat musuh baru yang dikatakan adalah makhluk asing. Tetapi tiada pengesahan sama ada makhluk asing ini adalah Dominators atau pun tidak.
Untuk siri TV dari The CW yang lain, mereka turut umumkan kesinambungan Supernatural. Mereka akan terus siarkan 7 episod terakhir untuk musim terakhir. Kemudian adalah Riverdale musim kelima yang disahkan ianya berlaku beberapa tahun selepas musim keempat, seterusnya adalah Charmed musim ketiga, Swamp Thing yang asalnya disiarkan di DC Universe akan disiarkan di The CW. Lain-lain anda boleh rujuk senarai di bawah;
Hujung 2020
- Masters of Illusion (dua episod)
- Pandora
- Whose Line Is It Anyway? (dua episod)
- Penn & Teller: Fool Us
- Swamp Thing
- Tell Me a Story
- Two Sentence Horror Stories
- Dead Pixels
- Coroner
- Supernatural
- The Outpost
- World’s Funniest Animals (dua episod)
- Penn & Teller: Fool Us (encores)
Januari 2021
- Batwoman
- Charmed
- All American
- Black Lightning
- The Flash
- Superman & Lois
- Riverdale
- Nancy Drew
- Walker
- Legacies
- Penn and Teller: Fool Us
- Whose Line Is It Anyway?
Dynasty, In the Dark, dan Roswell, New Mexico – akan diteruskan pada pertengahan tahun 2021. Siri baru seperti Kung Fu dan The Republic of Sarah akan turut disiarkan pada masa yang sama.