Informasi Permainan Video Terkini
Steam Memperkenalkan Ciri Play Next Yang Mengesyorkan Permainan Seterusnya Untuk Dimainkan
PC

Steam Memperkenalkan Ciri Play Next Yang Mengesyorkan Permainan Seterusnya Untuk Dimainkan

Diterbitkan pada Mei 15, 2020 oleh .

Steam, platform permainan komputer digital yang terkenal hari ini mengumumkan ciri terbaru melalui Steam Labs yang dinamakan Play Next.

Pengguna biasanya akan membeli permainan-permainan murah semasa sesi jualan di Steam dan tidak memainkannya. Ciri Play Next ini dimuatkan di bahagian Library perisian Steam anda, dan akan mengesyorkan anda untuk memainkan permainan-permainan yang sudahpun anda miliki.

Ciri ini sangat berguna hari ini tatkala dunia masih dibelenggu wabak COVID-19, khususnya jika anda mempunyai banyak permainan yang tersimpan dan belum dimainkan.

Play Next akan tiba terus selepas kemaskini terbaru perisian Steam yang terkini.


TIPS & ULASAN