Selain menawarkan GTA V secara percuma, Epic Games Store juga bermula minggu ini menganjurkan jualan promosi “Epic Mega Sale” sehingga 11 Jun 2020.

Bersempena dengannya, jika anda log masuk akaun bermula sekarang, anda akan mendapat kupon bernilai $10(~RM43), yang boleh digunakan untuk permainan bernilai $14.99 dan ke atas. Tambahan, dengan setiap pembelian permainan bernilai $14.99, termasuk juga menggunakan kupon, anda akan mendapat satu lagi kupon tersebut.

Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan semasa jualan promosi ini;

  • Control – $14.49 (~RM62.10)
  • Borderlands 3 – $22.49 (~RM97.73)
  • Red Dead Redemption II – $42.39 (~RM184.21)
  • The Outer Worlds – $29.24 (~RM127.07)
  • Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint – $16.49 (~RM71.66)
  • Metro Exodus – $17.49(~RM76.00)
  • Star Wars Jedi: Fallen Order – $18.84(~RM81.87)
  • Anno 1800 – $24.99(~RM108.60)
  • Far Cry 5 – $12.74(~RM55.36)
  • John Wick Hex – $7.99(~RM34.72)

Harga yang disertakan di atas adalah sebelum kupon digunakan, jika anda membeli permainan yang bernilai sekurang-kurangnya $14.99, kupon akan digunakan dan anda akan mendapatkan permainan tersebut dengan lebih murah.

Contohnya jika anda membeli Ghost Recond Breakpoint iaitu berharga $16.49, selepas kupon digunakan ia bernilai $6.49(~RM28) sahaja, tidak cukup dengan itu, selepas pembelian, anda juga akan mendapat satu lagi kupon bernilai $10.

Epic Games Store: Epic Mega Sale

Sohor Kini