Informasi Permainan Video Terkini
Red Wings: Aces Of The Sky Bakal Tiba Di Switch Pada Minggu Hadapan

Red Wings: Aces Of The Sky Bakal Tiba Di Switch Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 16, 2020 oleh .

All In! Games hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melnacarkan permainan Red Wings: Aces Of The Sky di konsol Switch pada 21 Mei 2020 ini.

Permainan ini juga turut dijadualkan untuk dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam yang mana ianya akan diumumkan kemudian.

Red Wings: Aces Of The Sky merupakan permainan pertempuran kapal terbang yang menyertakan bentuk aksi dinamik di mana ia menyertakan 50 misi penceritaan berdasarkan kapal terbang perang dunia pertama. Selain itu, permainan ini juga menyertakan mod multi-pemain secara setempat melalui pembahagian skrin.

Pemain juga berupaya untuk meningkatkan kemajuan watak pemain dan menggunakan pelbagai jenis kapal terbang bersejarah berdasarkan perang dunia pertama.

Bagi anda yang berminat, pastikan anda dapatkan permainan ini menjelang minggu hadapan.


TIPS & ULASAN