Informasi Permainan Video Terkini
Pra-Pendaftaran Buat Permua Romancing SaGa Re;univerSe Kini Bermula – Bakal Tiba Di iOS Dan Android

Pra-Pendaftaran Buat Permua Romancing SaGa Re;univerSe Kini Bermula – Bakal Tiba Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Mei 15, 2020 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman berkenaan permua Romancing SaGa Re;univerSe sebelum ini oleh Square-Enix, kini pra-pendaftaran buat permua tersebut akhirnya bermula di mana seperti biasa, ia akan menyertakan pelbagai ganjaran buat pemain yang mendaftar.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permua ini telah pun dilancarkan di pasaran Jepun dan kini dengan tibanya di pasaran global, ia akan menyertakan pelbagai ganjaran buat mereka yang membuat pra-pendaftaran. Menurut Square-Enix, permua ini akan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun ini.

Berikut adalah senarai ganjaran berdasarkan jumlah pendaftaran yang diterima:

  • 50,000 pra-pendaftaran.
    • Ganjaran 100 Jewels, nata wang di dalam permainan untuk menggunakan fungsi pemanggilan.
  • 100,000 pra-pendaftaran.
    • Ganjaran 200 Jewels dan 10 Stamina potions kecil.
  • 150,000 pra-pendaftaran.
    • Ganjaran 300 Jewels dan 10 Stamina potions kecil.
  • 200,000 pra-pendaftaran.
    • Ganjaran watak Nora (A) dari siri Romancing SaGa 3 bersama 400 Jewels.
  • 250,000 pra-pendaftaran.
    • Ganjaran 500 Jewels dan 10 Stamina potions kecil.
  • 300,000 pra-pendaftaran.
    • Ganjaran 500 Jewels dan 20 Stamina potions kecil.
  • 350,000 pra-pendaftaran.
    • Ganjaran watak Flurry (S) dari Romancing SaGa 3 dan 500 Jewels.
  • 400,000 pra-pendaftaran
    • Ganjaran 500 Jewels dan 20 Platinum Summon Tickets
  • 500,000 pra-pendaftaran
    • Ganjaran 1,000 Jewels dan 20 Platinum Summon Tickets

Selain itu Square-Enix juga umum pertandingan khas yang mana anda boleh dapatkan hadiah seperti Apple iPad Air, Samsung Galaxy Tab S5e dan sebagainya. Untuk informasi lanjut berkenaannya anda boleh ke Facebook rasmi atau Twitter rasmi permainan tersebut.

Romancing SaGa Re;univerSe merupakan permainan khas yang bertempatkan 300 tahun selepas Romancing SaGa 3 di mana melalui permainan ini, ianya akan menyertakan penceritaan baharu yang pasti akan menarik minat peminat lama dan juga pemain baharu.

Bagi anda yang ingin membuat pra-pendaftaran permua ini, anda boleh ke pautan di bawah mengikut platform pilihan anda.

Pra-Daftar iOS: Romancing SaGa Re;univerSe

Pra-Daftar Android: Romancing SaGa Re;univerSe


TIPS & ULASAN