Team17 hari ini mengumumkan satu lagi permainan baharu iaitu Greak: Memories Of Azur di mana ianya adalah permainan yang dibangunkan oleh Navegante bersama studio pembangun Bromio.

Greak: Memories Of Azur memfokuskan bentuk platformer 2D dengan visual lukisan tangan dan ia akan membawa pemain ke pengembaraan 3 watak adik beradik Greak, Adara dan Raydel di mana mereka akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh daripada menakluk tanah air mereka.

Menurut Rodrigo Fernandez iaitu pengasas bersama studio Navegante, mereka menyatakan permainan Greak: Memories Of Azur merupakan satu permainan yang sangat artistik daripada mereka di mana dengan kerjasama Team17, mereka berjaya untuk membawa visi permainan ini buat pemain.

Buat masa ini, tarikh pelancaran permainan ini masih belum diumumkan, namun berdasarkan kenyataan Team17, permainan ini akan dilancarkan sekitar 2021 ini di konsol dan PC.

Sohor Kini