Skip to main content

Setelah mengumumkan permainan The Elder Scrolls: Blades buat konsol Switch tertunda tahun lepas, kini Bethesda Softworks akhirnya melancarkan permainan tersebut secara rasmi.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan tersebut merupakan permainan percuma yang mana sebelum ianya telah pun dilancarkan di peranti telefon pintar di iOS dan Android.

The Elder Scrolls: Blades merupakan permainan pengembaraan RPG yang membenarkan pemain untuk mengembara di dalam dunia The Elder Scrolls dengan menghasilkan watak pemain sendiri. Pemain juga berupaya untuk melakukan pelbagai jenis misi dan pada masa yang sama mempertingkat bandar pemain.

Menariknya, permainan ini juga menyokong rentas platform antara peranti telefon pintar dan konsol Switch termasuklah kemajuan pemain. Selain itu, Bethesda Softworks juga melancarkan edisi permulaan khas yang boleh dibeli dengan harga $14.99(~RM65) di mana edisi ini akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti barangan perisai, duit Gold, Gems dan seabagainya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan Nintendo eShop di bawah untuk memuat-turun permainan tersebut.

[download] Muat-Turun Switch: The Elder Scrolls: Blades [/download]

Leave a Reply