Informasi Permainan Video Terkini
Resident Evil Resistance – Watak Mastermind Nicholai Ginovaef Kini Dilancarkan
PC

Resident Evil Resistance – Watak Mastermind Nicholai Ginovaef Kini Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 15, 2020 oleh .

Seperti yang dijanjikan oleh Capcom beberapa minggu lepas, kemaskini seterusnya buat permainan atas-talian Resident Evil Resistance akhirnya dilancarkan dengan penyertaan watak Nicholai Ginovaef sebagai watak Mastermind.

Melalui penyertaan watak ini, pemain kini berupaya untuk menggunakan watak Nicholai tersebut sebagai watak yang akan bertempur dengan empat lagi pemain lain di dalam pertarungan bilik tertutup Resident Evil Resistance.

Kami sebelum ini telah pun mengulas permainan Resident Evil Resistance termasuklah Resident Evil 3 yang telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang ingin membacanya, anda boleh ke pautan di bawah.


TIPS & ULASAN