Informasi Permainan Video Terkini
A Fold Apart Diumumkan Bakal Tiba Di PlayStation 4 Dan Xbox One Pada Minggu Hadapan

A Fold Apart Diumumkan Bakal Tiba Di PlayStation 4 Dan Xbox One Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 14, 2020 oleh .

Lightning Rod Games hari ini mengumumkan yang mana permainan A Fold Apart yang dilancarkan di konsol Switch, Apple Arcade dan PC melalui Steam pada April lepas, kini akan tiba di konsol PlayStation 4 dan Xbox One pada 19 Mei 2020 ini.

Permainan ini memfokuskan bentuk penceritaan dan perhubungan jarak jauh antara dua watak yang mana pemain perlu “melipat” beberapa platform permainan tersebut untuk menyelesaikan tekaria permainan ini. Ia sebelum ini diumumkan ketika acara Kinda Funny Game Showcase yang mana kami sendiri sangat tertarik dengan visual permainan ini.

Bagi anda yang berminat dengan permainan bergenre ini dan ingin mengetahui penceritaan percintaan permainan ini, pastikan anda dapatkannya menjelang minggu hadapan.


TIPS & ULASAN