Informasi Permainan Video Terkini
EVO Online Diumumkan Secara Rasmi – Memfokuskan Kejohanan Secara Atas-Talian

EVO Online Diumumkan Secara Rasmi – Memfokuskan Kejohanan Secara Atas-Talian

Diterbitkan pada Mei 14, 2020 oleh .

Setelah pengumuman berkenaan kejohanan EVO 2020 dibatalkan sebelum ini, seperti yang dijanjikan, EVO mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara kejohanan secara atas-talian di mana ianya akan berlangsung sepanjang bulan Julai ini sehingga awal Ogos ini dengan memfokuskan beberapa permainan perlawanan.

Kejohanan tersebut akan diadakan pada hujung minggu selama 5 minggu bermula 4 Julai sehingga 2 Ogos 2020 ini.

Menariknya, kejohanan secara atas-talian tersebut akan memfokuskan empat permainan yang tidak disenarai sebelum ini iaitu:

  • Mortal Kombat 11: Aftermath
  • Killer Instint
  • Them’s Fightin’ Herds
  • Skullgirls 2nd Encore.

Selain itu, acara tersebut akan menyertakan acara khas kandungan buat senarai permainan yang tersenarai sebelum ini seperti:

  • Dragon Ball FighterZ
  • Street Fighter V: Champion Edition
  • Samurai Shodown
  • Granblue Fantasy: Versus
  • Soul Calibur VI
  • Tekken 7
  • Under Night In-Birth Exe:Late[cl-r]

Namun, senarai permainan yang tidak senarai daripada senarai asal adalah Super Smash Bros. Ultimate dan Marvel Vs. Capcom 2. Akan tetapi, EVO tidak berkonbgsi sebab mengapa ia tidak menyenarai permainan tersebut.

Informasi lanjut berkenaan pendaftaran acara tersebut akan diumumkan kemudian.


TIPS & ULASAN