Nintendo hari ini akhirnya mengumumkan siri Paper Mario akan kembali di konsol Switch dengan permainan Paper Mario: The Origami King di mana ia bakal tiba pada 17 Julai 2020 ini.
Bagi anda yang baru dengan siri Paper Mario, ia adalah siri sampingan buat Super Mario yang mula diperkenalkan pada 2001 lepas di konsol Nintendo 64. Siri ini kemudiannya dilancarkan dengan pelbagai jenis permainan dan terkini melalui Paper Mario: The Origami King, ia kelihatan akan memfokuskan bentuk kertas “Origami”.
Kali ini, seperti biasa pemain akan bermain sebagai Mario dan beberapa watak lain untuk betempur dengan pasukan penjahat Folded Soldiers di mana mereka menculik Princess Peach.
Berdasarkan video acah yang diperlihat di atas, permainan ini kelihatan akan mempunyai pelbagai bentuk permainan dan pengembaraan yang menarik dicampur dengan elemen lipatan kertas Origami yang mana pasti akan memberi kelainan buat siri tersebut.
Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini secara eksklusif di konsol Switch menjelang Julai ini.