Razer minggu ini mengumumkan penganjuran kejohanan esukan Razer SEA Invitational sebagai persediaan untuk negara-negara asia tenggara bagi kejohanan Sukan Asia Tenggara di Vietnam tahun hadapan.

Kejohanan tersebut akan memperlihatkan 10 negara bertanding termasuk juga Malaysia untuk permainan PUBG Mobile, Mobile Legends dan Dota2. Ia akan bermula pada 22 Jun 2020 dan peringkat akhir akan berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2020.

Wakil untuk negara akan dipilih oleh persatuan tempatan yang bertanggungjawab mengurus pasukan esukan negara, iaitu Sukan Elektronik Malaysia (ESM) untuk Malaysia.

Kejohanan ini akan di strim langsung melalui media sosial Team Razer iaitu Youtube, Facebook dan Twitch. Maklumat lanjut termasuk juga pusingan kelayakan untuk setiap negara akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Sohor Kini