Informasi Permainan Video Terkini
Dapatkan Komik Digital Locke & Key Dengan Harga Serendah RM4

Dapatkan Komik Digital Locke & Key Dengan Harga Serendah RM4

Diterbitkan pada Mei 14, 2020 oleh .

Selepas menonton siri Netflix Locke & Key mesti anda ternanti-nanti apa yang akan berlaku pada musim kedua yang sudah disahkan akan tiba. Jika anda tidak sabar untuk mengetahuinya, anda boleh membaca terus sumber asal bagi siri tersebut iaitu komik berjudul sama.

Humble melalui penawarakn berkas komik digital mereka menawarkan komik digital Locke & Key dan pelbagai lagi komik dari IDW Publishing dengan pembayaran bermula $1 (~RM4.33) sahaja, tetapi perlu membayar sekurang-kurangnya $15 (RM65) untuk kesemua komik.

Berikut adalah senarai komik berdasarkan jumlah yang anda bayar;

  • Bayaran $1 (~RM4.33) atau lebih
    • Locke & Key Vol. 1: Welcome To Lovecraft
    • Locke and Key Vol. 2: Head Games
    • Dying is Easy #1
    • Joe Hill’s The Cape
    • Shadow Show: Stories In Celebration of Ray Bradbury
  • Bayaran purata $8 (~RM34.68) atau lebih
    • Locke and Key Vol. 3: Crown of Shadows
    • Locke and Key Vol. 4: Keys to the Kingdom
    • Dying is Easy #2
    • Locked content Joe Hill’s The Cape: 1969
    • Tales from the Darkside
    • Joe Hill’s Thumbprint
    • Road Rage
  • Bayaran purata $15 (~RM65.03) atau lebih
    • Locke and Key Vol. 5: Clockworks
    • Locke & Key Vol. 6: Alpha & Omega
    • Locke & Key: Dog Days
    • Locke & Key: Heaven & Earth
    • Locke & Key: Small World
    • Dying is Easy #3
    • Joe Hill’s The Cape: Fallen
    • The Wraith: Welcome to Christmasland

Dengan membeli komik ini, anda akan mendapat pelbagai format berlainan termasuk juga PDF serta EPUB yang boleh digunakan dengan aplikasi tertentu untuk membacanya.

Humble: Komik Locke & Key


TIPS & ULASAN