Nampaknya tahun fiskal 2019 adalah tahun bagi Sony Pictures Entertainment. Ini kerana, mereka berjaya mengutip keuntungan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan keuntungan Sony adalah sebanyak 28.4%, iaitu $628 juta (~RM2.7 Bilion) dan tahun 2018 hanyalah $489 juta (~RM2.1 Bilion).

Terdapat tiga filem yang menyumbang kepada keuntungan yang diperoleh Sony ini. Filem pertama adalah Spider-Man Far From Home yang mempunyai kutipan sebanyak $1.31B (~RM5.6B) secara global, sekuel Jumanji: The Next Level yang mengutip $797M (~RM3.4B), dan awal tahun ini Bad Boys For Life yang berjaya mengutip $419M (~RM1.8B). Secara keseluruhan $9.32B (~RM40B) adalah jumlah keuntungan Sony untuk tahun fiskal 2019 berbandingn 2018 yang hanya mempunyai $8.87B (~RM38B).

Sebelum ini kami ada melaporkan mengenai jualan PS4 yang meningkat secara mendadak. Ia adalah dalam laporan yang sama juga untik Sony Pictures Entertainment ini yang mana anda boleh lihat di sini. Tahun fiskal Sony bermula dari April 2019 sehingga Mac 2020.

Sohor Kini