Skip to main content

Kemaskini: Seperti yang tertiris, Epic Games Store akhirnya mengumumkan secara rasmi yang GTA V adalah permainan percuma pada minggu ini, dan ia kini boleh ditebus sehingga 21 Mei 2020.

Pautan kami sediakan di bawah, tetapi semasa penulisan ini, pelayan Epic Games Store mengalami masalah, kemungkinan kerana trafik terlalu tinggi.

[download]Epic Games Store: Grand Theft Auto V[/download]

Artikel asal: Seperti diumumkan sebelum ini, permainan percuma seterusnya yang akan ditawarkan oleh Epic Games Store masih lagi satu misteri, akan tetapi, hari ini melalui Twitter, pengumuman tersebut telah tertiris dan permainan percuma seterusnya adalah Grand Theft Auto V.

Pengumuman tersebut telah dipadamkan akan tetapi seperti apa-apa di internet ia tidak akan sepenuhnya terpadam dan anda boleh melihatnya di bawah.

Grand Theft Auto V walaupun sudah dikeluarkan sejak 6 tahun lepas, masih lagi permainan yang terus dibeli terutama kerana GTA Online yang sangat popular.

Tawaran permainan percuma di Epic Games Store sekarang akan berakhir pada 11 malam hari ini, di mana jika yang tertiris ini adalah benar, ia akan digantikan dengan GTA V.

Leave a Reply