Bloomberg minggu ini melaporkan yang kesan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia telah mengakibatkan Nintendo sukar untuk mendapatkan komponen bagi konsol Switch mereka.

Malaysia yang mula mengumumkan PKP sejak bulan Mac telah menjejaskan pembekalan papan litar tercetak untuk Switch, di mana syarikat di Malaysia yang menghasilkannya.

Ini bukanlah pandemik Covid-19 memberi kesan kepada produksi Nintendo Switch, mereka sebelum ini telah mengalami masalah kerana sekatan yang berlaku di China menyukarkan proses tersebut.

Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan kewangan Nintendo sebelum ini, mereka menjangkakan masalah ini pulih pada akhir suku ketiga tahun ini.

Sohor Kini