Skip to main content

Epic Games telah memperlihatkan kebolehan Unreal Engine 5 iaitu versi baharu untuk enjin permainan video mereka. Selain itu, mereka juga mengumumkan sesuatu yang sangat berguna untuk pembangun iaitu mereka dapat menggunakan Unreal Engine secara percuma sehingga mencapai jualan $1 juta (RM4.34 juta).

Unreal Engine sebelum ini sudah boleh digunakan secara percuma akan tetapi pembangun yang menjual permainan mereka perlu membayar royalti 5% kepada Epic Games untuk setiap pendapatan yang diperoleh selepas mendapat jumlah jualan $50 ribu (~RM216 ribu).

Dengan peningkatan ini, kebanyakan pembangun, terutama indie yang hanya mendapat jualan kurang daripada RM4 juta, boleh dikatakan dapat menggunakan enjin tersebut secara percuma.

Kelebihan ini bukan sahaja untuk penggunaan Unreal Engine 5 tetapi untuk kesemua permainan sekarang yang menggunakan enjin tersebut.

Selain inisiatif ini, pembangun yang menjual permainan mereka di Epic Games Store juga tidak perlu membayar royalti tersebut, tidak kira jumlah jualan yang dicapai.

Leave a Reply