Modus Games dam Finish Line Games hari ini mengumumkan satu permainan aksi pengemabraan baharu iaitu Skully, di mana ia bakal tiba pada 8 Ogos 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.
Skully merupakan satu permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan pemain untuk bermain sebagai Skully, di mana beliau berupaya untuk berubah kepada pelbagai bentuk dengan menggunakan tanah liat ajaib. Melaluinya, pemain perlu mengembara di dalam satu pulau yang luas dan menyelesaikan misteri permainan tersebut.
Menurut Shane Bierwith, naik presiden pemasaran Modus Games, mereka sangat menyukai penceritaan dan mekanik permainan ini oleh Finish Lines Games dan pada masa yang sama, Daniel Posner iaitu ketua pegawai eksekutif pembangun permainan tersebut menyatakan yang mereka tidak sabar untuk pemain mencuba permainan ini mengembara bersama Skully.
Bagi anda yang berminat dengan permainan bergenre sebegini, anda boleh dapatkannya menjelang Ogos ini.