Informasi Permainan Video Terkini
The King Of Fighters Allstar – Acara Kolaborasi Khas WWE Menyertakan Pelbagai Watak Ahli Gusti

The King Of Fighters Allstar – Acara Kolaborasi Khas WWE Menyertakan Pelbagai Watak Ahli Gusti

Diterbitkan pada Mei 14, 2020 oleh .

Bagi anda yang masih bermain permua King Of Fighters Allstar, anda mungkin berminat dengan pengumuman kandungan terbaru buat permainan tersebut di mana hari ini, Netmarble mengumumkan acara kolaborasi khas bersama WWE di mana mereka akan menyertakan pelbagai watak ahli gusti buat permua tersebut.

Menurut Netmarble, kemaskini ini akan dilancarkan secara percuma bermula hari ini melalui kemaskini terkini permua tersebut.

Seperti yang anda tonton di video di atas, antara watak ahli gusti WWE yang akan disertakan adalah The Rock, John Cena, Undertaker, Beckly Lynch, Seth Rollins dan Kofi Kingston.

The King of Fighters Allstar kini boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.


TIPS & ULASAN