Skip to main content

Ketika pengumuman enjin permainan Unreal Engine 5 sebentar tadi, Epic Games juga mengumumkan yang mana permainan Fortnite turut akan tiba di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X pada hari pertama ianya dilancarkan.

Menariknya, mereka juga mengesahkan yang mana permainan tersebut akan dipindahkan ke enjin permainan Unreal Engine 5 pada pertengahan 2021 yang mana buat masa ini, Fortnite dimainkan dengan menggunakan enjin permainan Unreal Engine 4.

Semestinya dengan pengumuman ini akan membuat permainan Fortnite pasti akan terus disokong walaupun di konsol generasi seterusnya dan kami pasti ia Epic Games akan menyertakan pelbagai lagi kandungan melaluinya pada masa akan datang.

Tambahan itu dengan pemindahan ke enjin permainan Unreal Engine 5, semestinya kualiti visual permainan Fortnite pasti akan ditingkatkan menjelang pertengahan tahun hadapan.

Leave a Reply