Informasi Permainan Video Terkini
Unreal Engine 5 Diumumkan – Demo Visual Permainan Di Konsol PlayStation 5

Unreal Engine 5 Diumumkan – Demo Visual Permainan Di Konsol PlayStation 5

Diterbitkan pada Mei 13, 2020 oleh .

Ketika acara Summer Game Fest yang berlangsung sebentar tadi, Epic Games hari memperlihatkan enjin permainan seterusnya oleh mereka iaitu Unreal Engine 5.

Melalui pengumuman tersebut, mereka memperlihatkan enjin permainan tersebut dimainkan di konsol PlayStation 5 yang mana saya boleh katakan ia kelihatan sangat menawan dan begitu realistik sekali.

Seperti yang anda lihat video di atas, enjin permainan ini akan memaparkan visual yang lebih realistik dengan kegunaan pencahayaan yang membuatkan permainan menjadi lebih menawan. Melaluinya, enjin permainan ini memperkenalkan dua teknologi baharu iaitu “Nanite” dan “Lumen” yang mana ianya adalah satu fungsi yang akan tingkalkan kualiti grafik model geometri yang lebih terperinci dan juga dari segi pencahayaan.

Tim Sweeney iaitu pengasas Epic Games juga menyatakan dengan prestasi konsol PlayStation 5, ianya juga membuatkan enjin permainan tersebut boleh dimainkan dengan baik dan ia merupakan satu pernaik-tarafan ke generasi seterusnya yang pasti dinantikan oleh ramai peminat.

Menurut Epic Games, enjin permainan ini akan dilancarkan awal tahun hadapan sebagai pelancaran awal. Ianya kemudian akan dilancarkan secara penuh pada penghujung 2021 ini dan akan menyokong konsol generasi seterusnya, konsol generasi kini, PC, Mac dan juga peranti telefon pintar iOS dan Android.


TIPS & ULASAN