Informasi Permainan Video Terkini
PS4 Terjual 110.4 Juta Unit Setakat Ini Dan Pengeluaran PS5 Tidak Ditunda

PS4 Terjual 110.4 Juta Unit Setakat Ini Dan Pengeluaran PS5 Tidak Ditunda

Diterbitkan pada Mei 13, 2020 oleh .

Melalui laporan kewangan bagi suku terakhir untuk tahun fiskal 2019-2020, Sony mengumumkan yang jumlah pendapatan untuk perkhidmatan permainan video menurun akibat kurangnya permintaan untuk PS4 dan penjualan permainan.

Dimana, setakat Mac 2020, PS4 telah terjual sebanyak 110.4 juta unit iaitu 1.5 juta unit terjual sepanjang bulan Januari hingga Mac tahun ini. Ini menjadikan jumlah jualan keseluruhan untuk tahun fiskal ini adalah 13.6 juta unit, lebih rendah berbanding tahun fiskal sebelum ini iaitu 17.8 juta unit.

Ia juga lebih rendah berbanding Nintendo Switch yang terjual sebanyak 21.03 juta unit bagi tahun fiskal ini, tetapi dengan ia telah berada di tahun akhir, perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Manakala untuk jumlah langganan PS Plus pula, ia memperlihatkan peningkatan iaitu 41.5 juta pelanggan setakat 31 Mac 2020 berbanding 36.4 juta pelanggan pada Mac tahun lepas.

Di dalam laporan tersebut juga, Sony mengatakan walaupun mereka mengalami kesukaran dengan pekerja terpaksa bekerja dari rumah, dan sukar untuk mereka ke luar negara bagi memeriksa kualiti pemasangan, akan tetapi ia tidak akan menjejaskan tarikh pelancaran untuk PS5 iaitu pada akhir tahun ini, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Perkara tersebut mengesahkan laporan sebelum ini yang mengatakan tiada perubahan untuk pengeluaran PS5 walaupun dengan kesan pandemik Covid-19.


TIPS & ULASAN