Skip to main content

What the Golf merupakan antara permainan terbaik yang ditawarkan di dalam perkhidmatan langganan Apple Arcade, dan seperti yang diumumkan sebelum ini ia sudah tiba untuk PC dan akan tiba untuk Switch.

Minggu ini, Triband mengumumkan yang versi Switch akan dikeluarkan pada 21 Mei melalui Nintendo eShop dengan harga $19.99 ataupun harga promosi pra-tempah $14.99(~RM65).

Ia merupakan permainan parodi simulasi golf yang mana tidak seperti sukan golf betul, permainan ini menyertakan sebilangan bentuk pukulan golf yang berbeza seperti memukul pemukul golf itu sendiri, ataupun mengawal kenderaan untuk ke lubang golf.

What the Golf kini sudah dikeluarkan untuk PC melalui Epic Games Store dan untuk peranti Apple melalui langganan Apple Arcade.

Leave a Reply