Skip to main content

IllFonic hari ini mengumumkan yang watak Dutch daripada filem Predator akan disertakan sebagai watak DLC berbayar untuk permainan Predator: Hunting Grounds. Mereka juga mengumumkan yang Arnold Schwarzenegger akan kembali membawa watak tersebut di dalam permainan ini.

Anda boleh menggunakan watak Dutch sebagai salah seorang askar di dalam permainan ini. Selain itu, jika anda membeli DLC tersebut, anda akan mendapat akses awal untuk senjata QR5 “Hammerhead” dan juga pisau Dutch, kedua barangan ini akan disertakan secara percuma untuk semua pemain pada bulan Jun.

Selain DLC berbayar, ia juga akan menyertakan kandungan percuma iaitu kaset yang mempunyai laporan oleh Dutch sendiri mengenai apa yang berlaku selepas filem Predator, ia akan diperoleh oleh pemain dengan meningkatkan tahap.

Penambahan ini akan tiba bermula pada 26 Mei, dan buat masa ini harga masih tidak disahkan. Mereka juga mengumumkan pelbagai lagi kandungan percuma dan juga berbayar akan tiba sekitar tahun ini.

Predator: Hunting Grounds sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, dan PC.

Leave a Reply